Program Komuniti: Majlis Perasmian Penutupan Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid 2019 di SK Semop

29 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Februari 2019 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah menerima jemputan daripada PIBG SK Semop bagi memeriahkan Majlis Perasmian Penutupan Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid 2019. Majlis ini berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 4.00 petang yang bertempat di Bilik Darjah Sekolah Kebangsaan Semop. Majlis ini merupakan anjuran Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Zon Tanjung Jati untuk Tahun 2019/1440H.

Program ini merupakan aktiviti wajib yang dijalankan setiap tahun dan Sekolah Kebangsaan Semop menjadi tuan rumah untuk tahun 2019. Kelebihan program ini ialah penduduk kampung dapat berkumpul dan mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain. Selain itu, Majlis Khatamal Al-Quran ini dilaksanakan untuk melahirkan qari dan qariah yang berwibawa dan memiliki bacaan bermutu tinggi selain membantu meningkatkan kadar celik al-Quran di negara ini.
Tahniah & syabas kepada PIBG dan Kakitangan Guru SK Semop yang menganjurkan majlis ini dengan jayanya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali